Wednesday 28 November 2012

Sakit hati

Apa itu sakit hati, adakah ia serupa tekanan perasaan atau serupa dengan istilah stress, persoalannya.. Adakah perlu kita merasa sakit hati atau membiarkan sahaja rasa hati.. Atau harus kita beringat pada kata  pepatah ikutkan hati nanti mati, apa benarkah yang di patahkan begitu.. Bagaimana pula dengan tahapnya kesakitan pada hati.. Banyak.. Sedikit.. Mahupun Dalam...

Seringkali kita merasa sakit hati.. Tidak mengira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.. Kerana sesungguhnya setiap insan itu mempunyai hati.. Persoalannya mampukah kita menghalang rasa sakit hati yang dirasai.. Ataupun apa perlu kita menghalang rasa tersebut..

Hati tetap kekal sebagai hati.. Tinggal tetap didalam diri.. Walau cuba untuk dibelai.. Tetap tiada diperolehi.. Hanya rasa yang menyelubungi.. Meresap terus ke akal diri.. Tertunjuk pula ke jasad sendiri.. Walau tidak diketahui, pasti ada yang perhati..

Lantas cara mana harus dilaksana supaya sakit hati dapat di ubati.. Adakah cukup menyanyi sendiri.. Atau menyibukkan diri... Atau terus diam menyendiri..

Hakikat nya.. Hati tetap hati.. Melaksana tugas yang diberi.. Untuk melahir rasa sendiri.. Terkadang menjadi belah bahagi.. Hanyalah iman menjadi dinding.. Yang turut mencuci kesan noda dari mula ia dijadi..

Iman... Yang bagaimana dikatakan iman itu... Apa ada letaknya... Atau ada lakunya.. Atau nampak pada pakainya ataupun... Turun melalu dari lama kepada yang baru..
Merasa itu mudah... Melaluinya terkadang parah..terkadang pula pasrah.. Tetapi ada juga yang tidak mengalah... Hanya pilihan jadi penentuan... Untuk merasa sakit hati atau senang hati..

TQ.

Cahaya di Hujung Lorong

As-salam kepada yang sudi membaca nukilan ini,


Tanpa disedari telah lama blog ini tiada sebarang coretan... jadi pada kali ini bersempena dengan tajuk seperti yang diatas, ingin saya mengajukan soalan kepada pembaca sekalian.. adakah anda benar-benar telah melihat cahaya di hujung lorong anda.. adakah ianya samar atau terang ataupun berkelip dan adakah langsung tiada kelihatan sebarang cahaya, hanya kegelapan yang menjadi teman.

Persoalan ini merupakan hanya suatu perkara kecil yang dialami oleh setiap orang, tetapi merupakan diantara penyumbang ketenangan di dalam kehidupan setiap insan bersabit juga kepada insan di sekeliling anda. Sejauh mana pula hadirnya cahaya tersebut di penglihatan anda... Seperti yang saya katakan cahaya dihujung lorong ini tidaklah begitu penting tetapi tidak juga begitu asing kepada setiap individu.. 

Adakah cahaya itu berhubung kait dengan keagamaan.. atau keilmuan... atau pengalaman.. atau pekerjaan.. persoalan yang bermain di benak fikiran mewujudkan suatu daya pemikiran yang nipis.. sehingga mana terasa seperti... bayang awan di langit biru... wujudkah bayangan awan itu... biru kah warna langit itu...

Segala persoalan dan coretan disini bukanlah bertujuan... untuk memening..memutar.. atau menyenak kan akal fikiran anda... tetapi...sekadar ingin berkongsi maksud yang tersirat disebalik tajuk coretan ini.. Cahaya tiadakan wujud di hujung lorong sekiranya kita tidak mengenal erti kecahayaan itu sendiri terlebih dahulu.. dan juga erti pemilihan lorong yang akan...mahupun yang sedang kita lalui..

Dalami...Fahami...Ertikan...barulah hadir jawapan....