Wednesday 1 May 2019

Terjebak...

Kosong... Kosong... Kosong...  Mata memandang tanpa melihat...  Renungan dalam tiada kelihatan... Lesu tanpa punca... Kosong tanpa isi... Terjebak tanpa erti...  Hilang tujuan... Hilang diri... Mencari terus mencari... Masih juga tiada mengerti... Asbab apakah ini... Mungkin imbauan mungkin pengertian atau mungkin teguran... Nak dicapai tidak tercapai...  Nak dilihat tidak terlihat... Hembusan angin... Menenangkan... Kembali ke masa silam... Melihat segalanya... Suka duka hiba tawa... Penuh makna... Tetap kosong... 

Wednesday 24 April 2019

Something is going on...

Something is going on... tiada dapat di pastikan...  Adakah benar berlaku... atau khayalan atau mungkin sepintas lalu... Kejauhan yang dilihat terasa dekat... Bila mendekat dilihat ketidakpastian...yang tidak pasti... masih seperti angin berlalu, sesekali terasa tiupan nya sesekali tiada  dirasakan... Ombak sering memukul pantai terlihat kesannya... Suasana sunyi diam tanpa bunyi...  Tercari-cari dimana letak nya... Andai itu yang tersurat disana... Gunung terlihat kecil... Bulan terlihat hampir... Belayarlah... Sehingga ke pelabuhan nya... 

Wednesday 6 August 2014

Cahaya

Sinar memancar wajah.. Menusuk rasa.. Apakah benar apa yang dirasa.. Atau sekadar memendam rasa.. Terbit melalu berhenti bertamu.. Memutus kata untuk selamanya.. Menjadi satu dikala satu.. Tiada ada bagi yang merasa.. Melingkar sinar membelit erat.. Memegang teguh.. Merasa penuh.. Biar terpancar menerang mata.. Namun mengalih tiada tercari..

Monday 10 December 2012

RENUNGAN

Kerdipan mata... Telah mencipta sejarah.. Tinggal kenangan.. memori yang terindah.. Umur.. kian meningkat tiada hentian.. Mahupun kawalan.. Mengenal erti...titi kehidupan.. Terkadang rindu.. Segala sisipan.. Menjadi Rencah seharian.. Yang dekat kian menjauh.. Yang jauh hilang bertemu.. Melihat dunia menjadi kecil.. Merasa masa pantas berlalu..menghidu rindu peristiwa dulu... Tetap segar seperti dahulu.. Yang dicari adakah bertemu.. Yang ditemu benarkah dicari.. Hadir keliru... Lantas buntu.. Benarkah...cukupkah...sediakah... RENUNGKANLAH...

Wednesday 28 November 2012

Sakit hati

Apa itu sakit hati, adakah ia serupa tekanan perasaan atau serupa dengan istilah stress, persoalannya.. Adakah perlu kita merasa sakit hati atau membiarkan sahaja rasa hati.. Atau harus kita beringat pada kata  pepatah ikutkan hati nanti mati, apa benarkah yang di patahkan begitu.. Bagaimana pula dengan tahapnya kesakitan pada hati.. Banyak.. Sedikit.. Mahupun Dalam...

Seringkali kita merasa sakit hati.. Tidak mengira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.. Kerana sesungguhnya setiap insan itu mempunyai hati.. Persoalannya mampukah kita menghalang rasa sakit hati yang dirasai.. Ataupun apa perlu kita menghalang rasa tersebut..

Hati tetap kekal sebagai hati.. Tinggal tetap didalam diri.. Walau cuba untuk dibelai.. Tetap tiada diperolehi.. Hanya rasa yang menyelubungi.. Meresap terus ke akal diri.. Tertunjuk pula ke jasad sendiri.. Walau tidak diketahui, pasti ada yang perhati..

Lantas cara mana harus dilaksana supaya sakit hati dapat di ubati.. Adakah cukup menyanyi sendiri.. Atau menyibukkan diri... Atau terus diam menyendiri..

Hakikat nya.. Hati tetap hati.. Melaksana tugas yang diberi.. Untuk melahir rasa sendiri.. Terkadang menjadi belah bahagi.. Hanyalah iman menjadi dinding.. Yang turut mencuci kesan noda dari mula ia dijadi..

Iman... Yang bagaimana dikatakan iman itu... Apa ada letaknya... Atau ada lakunya.. Atau nampak pada pakainya ataupun... Turun melalu dari lama kepada yang baru..
Merasa itu mudah... Melaluinya terkadang parah..terkadang pula pasrah.. Tetapi ada juga yang tidak mengalah... Hanya pilihan jadi penentuan... Untuk merasa sakit hati atau senang hati..

TQ.

Cahaya di Hujung Lorong

As-salam kepada yang sudi membaca nukilan ini,


Tanpa disedari telah lama blog ini tiada sebarang coretan... jadi pada kali ini bersempena dengan tajuk seperti yang diatas, ingin saya mengajukan soalan kepada pembaca sekalian.. adakah anda benar-benar telah melihat cahaya di hujung lorong anda.. adakah ianya samar atau terang ataupun berkelip dan adakah langsung tiada kelihatan sebarang cahaya, hanya kegelapan yang menjadi teman.

Persoalan ini merupakan hanya suatu perkara kecil yang dialami oleh setiap orang, tetapi merupakan diantara penyumbang ketenangan di dalam kehidupan setiap insan bersabit juga kepada insan di sekeliling anda. Sejauh mana pula hadirnya cahaya tersebut di penglihatan anda... Seperti yang saya katakan cahaya dihujung lorong ini tidaklah begitu penting tetapi tidak juga begitu asing kepada setiap individu.. 

Adakah cahaya itu berhubung kait dengan keagamaan.. atau keilmuan... atau pengalaman.. atau pekerjaan.. persoalan yang bermain di benak fikiran mewujudkan suatu daya pemikiran yang nipis.. sehingga mana terasa seperti... bayang awan di langit biru... wujudkah bayangan awan itu... biru kah warna langit itu...

Segala persoalan dan coretan disini bukanlah bertujuan... untuk memening..memutar.. atau menyenak kan akal fikiran anda... tetapi...sekadar ingin berkongsi maksud yang tersirat disebalik tajuk coretan ini.. Cahaya tiadakan wujud di hujung lorong sekiranya kita tidak mengenal erti kecahayaan itu sendiri terlebih dahulu.. dan juga erti pemilihan lorong yang akan...mahupun yang sedang kita lalui..

Dalami...Fahami...Ertikan...barulah hadir jawapan....

Tuesday 12 June 2012

Harapan menjadi layu

    Perancangan dan perlaksanaan yang telah dilakukan nampaknya seakan-akan telah sampai ke penghujungnya, ini mungkin berlaku diatas ke alpaan sesetengah individu penting atau merasakan dirinya penting bagi sesuatu urusan yang diuruskan. Pergerakan yang dijalankan bermula dari seorang individu kepada penghasilan satu jawatankuasa yang boleh dikatakan agak utuh telah terputus dengan tiba-tiba,diam membisu seribu bahasa,tiada lagi perancangan mahupun perlaksanaan. Semoga mereka yang memahami maksud tersirat melalui penulisan ini akan berubah dan berusaha kembali bagi menjayakan misi yang seakan-akan tergantung di awang-awangan.