Monday 10 December 2012

RENUNGAN

Kerdipan mata... Telah mencipta sejarah.. Tinggal kenangan.. memori yang terindah.. Umur.. kian meningkat tiada hentian.. Mahupun kawalan.. Mengenal erti...titi kehidupan.. Terkadang rindu.. Segala sisipan.. Menjadi Rencah seharian.. Yang dekat kian menjauh.. Yang jauh hilang bertemu.. Melihat dunia menjadi kecil.. Merasa masa pantas berlalu..menghidu rindu peristiwa dulu... Tetap segar seperti dahulu.. Yang dicari adakah bertemu.. Yang ditemu benarkah dicari.. Hadir keliru... Lantas buntu.. Benarkah...cukupkah...sediakah... RENUNGKANLAH...

Wednesday 28 November 2012

Sakit hati

Apa itu sakit hati, adakah ia serupa tekanan perasaan atau serupa dengan istilah stress, persoalannya.. Adakah perlu kita merasa sakit hati atau membiarkan sahaja rasa hati.. Atau harus kita beringat pada kata  pepatah ikutkan hati nanti mati, apa benarkah yang di patahkan begitu.. Bagaimana pula dengan tahapnya kesakitan pada hati.. Banyak.. Sedikit.. Mahupun Dalam...

Seringkali kita merasa sakit hati.. Tidak mengira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.. Kerana sesungguhnya setiap insan itu mempunyai hati.. Persoalannya mampukah kita menghalang rasa sakit hati yang dirasai.. Ataupun apa perlu kita menghalang rasa tersebut..

Hati tetap kekal sebagai hati.. Tinggal tetap didalam diri.. Walau cuba untuk dibelai.. Tetap tiada diperolehi.. Hanya rasa yang menyelubungi.. Meresap terus ke akal diri.. Tertunjuk pula ke jasad sendiri.. Walau tidak diketahui, pasti ada yang perhati..

Lantas cara mana harus dilaksana supaya sakit hati dapat di ubati.. Adakah cukup menyanyi sendiri.. Atau menyibukkan diri... Atau terus diam menyendiri..

Hakikat nya.. Hati tetap hati.. Melaksana tugas yang diberi.. Untuk melahir rasa sendiri.. Terkadang menjadi belah bahagi.. Hanyalah iman menjadi dinding.. Yang turut mencuci kesan noda dari mula ia dijadi..

Iman... Yang bagaimana dikatakan iman itu... Apa ada letaknya... Atau ada lakunya.. Atau nampak pada pakainya ataupun... Turun melalu dari lama kepada yang baru..
Merasa itu mudah... Melaluinya terkadang parah..terkadang pula pasrah.. Tetapi ada juga yang tidak mengalah... Hanya pilihan jadi penentuan... Untuk merasa sakit hati atau senang hati..

TQ.

Cahaya di Hujung Lorong

As-salam kepada yang sudi membaca nukilan ini,


Tanpa disedari telah lama blog ini tiada sebarang coretan... jadi pada kali ini bersempena dengan tajuk seperti yang diatas, ingin saya mengajukan soalan kepada pembaca sekalian.. adakah anda benar-benar telah melihat cahaya di hujung lorong anda.. adakah ianya samar atau terang ataupun berkelip dan adakah langsung tiada kelihatan sebarang cahaya, hanya kegelapan yang menjadi teman.

Persoalan ini merupakan hanya suatu perkara kecil yang dialami oleh setiap orang, tetapi merupakan diantara penyumbang ketenangan di dalam kehidupan setiap insan bersabit juga kepada insan di sekeliling anda. Sejauh mana pula hadirnya cahaya tersebut di penglihatan anda... Seperti yang saya katakan cahaya dihujung lorong ini tidaklah begitu penting tetapi tidak juga begitu asing kepada setiap individu.. 

Adakah cahaya itu berhubung kait dengan keagamaan.. atau keilmuan... atau pengalaman.. atau pekerjaan.. persoalan yang bermain di benak fikiran mewujudkan suatu daya pemikiran yang nipis.. sehingga mana terasa seperti... bayang awan di langit biru... wujudkah bayangan awan itu... biru kah warna langit itu...

Segala persoalan dan coretan disini bukanlah bertujuan... untuk memening..memutar.. atau menyenak kan akal fikiran anda... tetapi...sekadar ingin berkongsi maksud yang tersirat disebalik tajuk coretan ini.. Cahaya tiadakan wujud di hujung lorong sekiranya kita tidak mengenal erti kecahayaan itu sendiri terlebih dahulu.. dan juga erti pemilihan lorong yang akan...mahupun yang sedang kita lalui..

Dalami...Fahami...Ertikan...barulah hadir jawapan....

Tuesday 12 June 2012

Harapan menjadi layu

    Perancangan dan perlaksanaan yang telah dilakukan nampaknya seakan-akan telah sampai ke penghujungnya, ini mungkin berlaku diatas ke alpaan sesetengah individu penting atau merasakan dirinya penting bagi sesuatu urusan yang diuruskan. Pergerakan yang dijalankan bermula dari seorang individu kepada penghasilan satu jawatankuasa yang boleh dikatakan agak utuh telah terputus dengan tiba-tiba,diam membisu seribu bahasa,tiada lagi perancangan mahupun perlaksanaan. Semoga mereka yang memahami maksud tersirat melalui penulisan ini akan berubah dan berusaha kembali bagi menjayakan misi yang seakan-akan tergantung di awang-awangan.

Wednesday 11 January 2012

Pilihan keputusan

Salam kepada semua...ini adalah sambungan kepada pemilihan keputusan atau bahasa bukunya proses pembuatan keputusan.. jadi bagaimana anda semua membuat keputusan...pada pandangan saya dalam pembentukan untuk memutuskan sesuatu perkara itu bergantung kepada cara mana seseorang itu dibesarkan dan melalui perjalanan hidupnya, sebagai contoh orang yang dibesarkan dengan cara menerima arahan-arahan akan lebih kepada untuk tidak mampu membuat penilaian yang tepat dalam membuat keputusan manakala bagi mereka yang dibesarkan dengan didikan yang menjurus kepada pencadangan seperti contoh ibu dan bapa terbuka kepada cadangan anak-anaknya dalam membuat sesuatu keputusan akan membentuk struktur pembuatan keputusan yang tersusun dan rapi. cara mereka dibesarkan juga boleh tidak mempengaruhi keputusannya apabila pengalaman hidup yang diperolehi sangat memberi kesan kepada individu tersebut sebagai contoh mengalami kegagalan yang berlainan bentuk secara berulang kali mahupun jenis kegagalan yang sama keadaanya, bagaimanapun untuk mendapatkan keputusan yang tepat itu haruslah dipaksikan dengan ketuhanan supaya apa yang berlaku itu akan menjadikan kita insan yang lebih memahami dan menyedari siapa diri kita yang sebenar.

Monday 9 January 2012

pilihan keputusan

salam kepada semua, episod kali ini adalah berkisar tentang pembuatan keputusan bagi maksud sesuatu perkara. Persoalannya bagaimana anda menilai keputusan yang dibuat bagi menjamin ketepatan mengikut kehendak anda, dan bagaimana untuk anda menilai adakah keputusan yang dibuat mengikut nafsu atau akal. Erm.. agak berat persoalan ni.. apa perbezaan pada keputusan dengan nafsu dan keputusan dengan akal.

Wednesday 4 January 2012

ALUMNI SMKPT BATCH SPM 1998

Salam kepada semua, perjalanan untuk merealisasikan satu pertubuhan or persatuan bagi mengabungkan dan mengeratkan kembali hubungan yang pernah terjalin selama hampir 5 tahun dikalangan bekas pelajar hampir terlaksana.tiada apa yang aku inginkan dari pertubuhan ini cuma untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang ada bagi mewujudkannya untuk kebaikan bersama.